Saturday 28 July 2012

MAKLUMAT AIR YANG WAJIB DIKETAHUI
“Para doktor sedia maklum bahawa nyahhidrat, selepas kehilangan oksigen, peragut nyawa yang paling cepat. Nyahhidrat yang kecil tidak mampu membunuh, tetapi ianya adalah penyebab tersembunyi dari kebanyakkan penyakit. Sebaliknya juga benar. Hidrasi yang baik adalah asas kesihatan yang baik.” daripada “Water the Ultimate Cure” oleh Steve Meyerowitz
Lebih banyak pengkaji mengkaji mengenai hubungan diantara air dan kesihatan, lebih banyak mereka menyedari kepentingan kedua-dua kuantiti dan kualiti air yang kita minum.
Sistem Air Berstruktur Bertenaga Tinggi Hexagon ialah sistem rawatan air yang paling menyeluruh yang anda boleh temui kini. Ia bukan hanya mengasingkan semua bahan kimia dan kekotoran daripada air paip anda, tetapi juga meniru ekosistem semulajadi untuk memberikan air yang segar dengan semua ciri-ciri penting yang ditemui dalam air pancuran alam semulajadi.
Lebih banyak anda pelajari mengenai air (daripada laman web ini dan dari sumber lain), lebih anda menghargai sistem BIO AURA yang sungguh mengkagumkan.
Air yang baik adalah perlu untuk kesihatan yang baik. Air yang bagus boleh membantu anda untuk mencapai kesihatan yang bagus. Air BIO AURA ialah salah satu hadiah terbaik yang pernah anda beri kepada tubuh anda!
Air Yang Baik untuk Kesihatan & Panjang Umur

Anda boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air anda mungkin kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari. Kehilangan 2% air disekeliling sel anda boleh menyebabkan pengurangan 20% tenaga anda.
Tubuh Manusia adalah 70% Air
Otak 74% | Otot 75% | Darah 82% | Tulang 22% | Gigi 5% | Hati 69% | Buah Pinggang 82%
Air Adalah Sangat Penting Untuk Semua Fungsi Tubuh
Air menghidrat dan menyalurkan trilion sel-sel kita dan ianya penting pada lebih 90%
proses bioligikal dan kimia yang berada di dalam badan kita. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan kebanyakan organ kita dan proses dalam badan tidak akan berfungsi.
Sel Adalah Kekal Abadi
Mengikut Pemenang Anugerah Nobel , Dr Alexis Carrel, sel tidak rosak atau mati.
Ia adalah cecair di sekeliling sel-sel tersebut yang merosak. Jika anda memperbaharui cecair itu selalu, jangka hayat boleh kekal selamanya.

Air Diperlukan Untuk Membuang Toksin & Sisa Daripada Badan
Hari ini buah-buahan dan sayur-sayuran kita mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan kita, antibiotik dan hormon pembesaran di dalam produk daging kita dan bahan tambahan, pengawetan dan pewarna tiruan di dalam pemprosesan makanan dan minuman. Kebanyakan penyakit yang teruk telah menyebabkan adanya kesan kimia dan bahan yang menghasilkan barah di dalam air, udara dan makanan kita. Air adalah pertahan yang terbaik terhadap toksin di dalam badan kerana ia membuang sisa beracun, tetapi anda harus meminum air yang sihat, asli atau ianya akan memburukkan lagi keadaan.

Air Menghalang Kekeringan, Kerosakan & Penyakit
Purata yang lahir adalah 90% hidrat, tetapi purata usia 65 tahun adalah hanya 55% hidrat! Semua simptom penuaan adalah disertai dengan kekeringan sel yang perlahan. Tanda pertama kekurangan air adalah sakit kepada, insomnia, keletihan dan kurang kecergasan mental.
Ramai doktor percaya bahawa kekurangan air adalah punca pada semua penyakit, daripada jerawat dan masalah penghadaman ke sengal sendi dan kegemukan kepada masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan tinggi dan juga kanser.
Hubungan diantara kekurangan air ke kerosakan sel dan penyakit telah menyebabkan penyelidik melakukan kajian yang mendalam terhadap fungsi dan ciri-ciri air.
“Apa yang doktor labelkan sebagai penyakit adalah “kekurangan air.” - F. Batmanghelidj, M.D.
Bukan Semua Air Adalah Sama
Para Saintis telah menemui air hidup yang semulajadi mempunyai beberapa ciri-ciri penting—termasuk suatu bentuk molekular tertentu dan imbangan pH dimana ianya perlu untuk menghidrat sel-sel kita dengan sempurna dan menyokong fungsi kehidupan.
Rahsia Kehidupan Sihat Yang Panjang
Pada awal 1900an, naturalis warga Austri dan seorang saintis bernama Victor Schauberger mencipta istilah “air hidup” selepas dia menemui bentuk segienam semulajadi, kepingan salji-menyerupai kelompok air yang ditemui di dalam air pemulihan di seluruh dunia dan struktur geometri inilah yang memberi air ini ciri-ciri pemulihan.
Beberapa mata air yang terkenal adalah Lourdes, Vichy, Evian dan Perrier di Perancis, Fiuggi dan San Pellegrino di Itali, Passugger Heilguellen di Switzerland, dan Agua da Prata di Brazil. Kesan istimewanya pada jantung, hati dan penyakit buah pinggang, penyakit kulit, asma, masalah penghadaman, sengal sendi dan banyak lagi kesakitan adalah didokumenkan secara perubatan.
Di tempat-tempat yang belum tercemar dipanggil “kampung lanjut usia”, penduduk hidup hingga umur 100 tahun dan dalam keadaan kesihatan yang begitu istimewa sekali. Suatu kajian Soviet pada salah satu dari kampung tersebut mengenal pasti bahawa satu factor yang menyebabkan kesihatan istimewa ini dan umur yang panjang adalah kerana air hidup yang mereka minum secara semulajadinya mengandungi ciri-ciri penting dan menghasilkan kristal hexagon kecil.
Adakah Air yang Anda Minum Hidup atau Mati?


Bukan semua air menghidrat sel dan menyokong fungsi kehidupan dengan sama rata. Air hidup dengan mudah menembusi sel dan menjalankan semua fungsinya. Air Mati pula mesti dipulihkan dahulu dan diberi tenaga baru oleh badan sebelum ianya boleh melakukan kerjanya. Doktor dan para pengkaji telah menyatakan bahawa meminum ait hidup memulihkan kesihatan dan kehidupan tetapi meminum air mati membenarkan sel-sel untuk kehilangan air.

Kebanyakan daripada Kita Minum Air Mati
————————————————
Hampir kesemua yang manusia telah lakukan pada air telah merosakkan atau merendahkan kualitinya. Kita telah mencemari setiap bekalan air semulajadi di dunia dengan pencemaran, sisa toksik dan beribu-ribu bahan kimia.
Terdapat lebih daripada 120,000 jenis bahan kimia digunakan hari ini, dengan 1,000 lagi jenis terbaru ditambah setiap tahun. Semua bahan kimia ini mencemari sumber air kita.

Air Boleh Mati
—————-
Dalam situasi tertentu air penuh dengan tenaga, adakalanya ia lembap dan keletihan, dalam situasi tertentu ia mati. “Pada mata kasar air mati masih lagi dilihar seperti air. Jadi kita semua mengharap ianya dapat melakukan kerja yang sama seperti air yang bertenaga” Charlie Ryrie, penulis ” The Healing Energies of Water”

Air Paip
——–
Pusat rawatan air menggunakan penapis asas dan klorin untuk membuang mikrob-mikrob dan bahan pencemaran daripada air kita yang tercemar. Proses ini menjadikan air “selamat”, kerana ianya membunuh hampir kesemua kuman-kuman dan bakteria, tetapi juga merosakkan air ciri-ciri kehidupan air. Klorin tidak baik untuk air kerana ianya mengandungi tarikan ionik yang kuat yang mudah mengganggu struktur kristal kesihatan air. Ianya tidak bagus untuk badan juga. Klorin telah dikaitkan dengan masalah jantung, kanser dan arteriosclerosis. Air yang dimasak tidak dapat menghapuskan klorin–ia mengubahnya menjadi suatu bahan yang berubah menjadi barah yang dipanggil “trihalomethane”. Satu lagi masalah ialah air paip dipercayai mengandungi pH yang tidak menentu (serendah 5.5 atau setinggi 10) dimana ini mengganggu imbangan semulajadi badan iaitu pH 7.35.
Menyimpan air di bekas tangki yang tidak mengalir dan memaksanya melalui berbatu-batu saluran paip dengan tenaga dan oksigen semulajadinya, merosakkan kelompok hexogan tersebut. Di waktu air paip itu sampai kepada anda, ia selalunya telah hilang ciri kesihatannya.

Air Yang Ditapis
——————
Kebanyakan penapis mengasingkan klorin dan bijih besi, tetapi kebanyakannya masih gagal mengawal kotoran tertentu. Parasit seperti “Kriptosporidium” dan “Giardia” tidak akan mati dengan klorin atau sinar UV dan dengan mudah melepasi penapis karbon. Radioaktif dan bahan kimia juga amat susah untuk diasingkan.
Air yang Disuling atau Putaran Osmosis (RO)
—————————————————
Alat Penyulingan dan Putaran Osmosis melakukan tugas yang lebih sempurna dalam menghapuskan bahan yang membahayakan dari penapis mudah boleh lakukan, tetapi ianya menapis segalanya dari air — termasuk mineral yang diperlukan untuk kesihatan dan memanjangkan usia.

Air Yang Dibotolkan
———————–
Kebanyakan air yang dibotolkan adalah air paip yang telah diproses melalui putaran osmosis atau sistem penapisan karbon. Sesetengah kompani menambah mineral dan pada sesetengah (bukan semua) negara, jika label menunjukkan “mata air” ia mungkin datangnya daripada mata air asli… tetapi dalam semua kes ini, air ini masih diproses dan terkawal buatannya untuk tempoh yang panjang.
Ia Semuanya Masih Lagi Air Mati!
Secara kesimpulannya ialah hampir kesemua proses penapisan dan pembersihan bermula dengan air paip yang mati dan kemudian lakukan sesuatu atau tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan kembali tenaga air.


Sifat-sifat Istimewa Air Hidup
70% dari planet kita dilitupi dengan air, tetapi 97% daripadanya adalah lautan air masin dan 2% adalah glasier. Untuk menjadikannya kepada air minuman, Alam Semulajadi mempunyai sistem rawatan air yang begitu menakjubkan. Ia menggunakan matahari, langit dan hampir setiap elemen di bumi untuk menghasilkan air hidup yang sihat semulajadi.
Alam semulajadi menggunakan matahari, aliran magnetik semulajadi, batu-batan dan galian untuk memberikan tenaga kepada air, oksigen, mineral dan struktur molekul misteri yang dibuat daripada kelompok BIO AURA yang kecil.

Air Hidup mempunyai 6 Ciri-ciri Penting
Ianya Bersih, Asli dan Anti-Penyakit
—————————————–
Air semulajadi yang tidak tercemar adalah sihat, membersih semulajadi dan tahan dari serangan kuman-kuman mikro. Sebab yang lebih tepat lagi untuk ini belum dikenal pasti, tetapi suatu kajian di Institut Lutz Adolfo di Sao Paulo, Brazil menunjukkan bahawa air hidup menghalang pembiakan berbagai jenis hidupan mikro.

Ianya Hidup Dengan Tenaga
——————————–
Sel-sel badan bergetar dan berdenyut-denyut ke sistem yang kompleks dalam frekuensi berharmoni. Getaran kehidupan ini menjadikan sel-sel berinteraksi di antara satu sama lain dan melakukan pertukaran biologi dan kimia. Sebarang gangguan pada getaran berharmoni ini boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan penyakit.
Air hidup bergema dengan getaran bertenaga dari badan anda. Apabila anda minum air hidup, ianya menguatkan, menjalankan dan mengekalkan tenaga hidup anda. Minum air mati di sebaliknya pula, mempunyai kesan bahaya disebabkan badan anda perlu menggunakan tenaga yang berharga untuk “menghidupkannya” dan memberinya tenaga sebelum ianya boleh digunakan oleh fungsi tubuh.

Air PENAPIS BIO AURA adalah:
———————–
Menyerap dengan mudah
Semakin kecil kelompok molekul, lebih mudah air meresapi sel-sel anda. Satu cara untuk mengukur saiz kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik Nuklear (NMR). Jika bacaan NMR rendah, ini bermakna kelompoknya juga kecil. Air Hexagon mempunyai bacaan NMR yang disahkan pada hanya 42.4Hz*. Air paip biasa, RO dan air yang telah disuling mempunyai bacaan diantara 128Hz manakala air mineral yang dibotolkan mempunyai diantara 90 dan 100Hz. *No. Laporan Universiti Kebangsaan Tsing Hua GMC 0203001 bertarikh 28 Mac 2002.

Anda boleh menguji kadar resapan anda sendiri. Cuba minum dua hingga tiga gelas air Hexagon dengan sekali teguk. Anda akan merasakan bahawa anda tidak akan merasa begitu senak atau loya kerana badan anda mampu menyerap dan menggunakan air dengan segera.
Bertenaga
Pengubah Tenaga EC3000 telah di pekkan dengan manik bio-seramik dimana memancarkan FIR (Cahaya Infra Merah Jauh), suatu bentuk gelombang elektromagnetik semulajadi, yang bergetar dan memberi tenaga kepada air, meniru seperti apa yang berlaku apabila mata air semulajadi menghempas batu dan kawasan magnetik semulajadi. Minum air BIO AURA memulihkan tenaga anda!

Melonjakkan Oksigen
————————
Air bertenaga menyerap dan menyimpan lebih oksigen. Air BIO AURA telah diuji di makmal dan ianya mengandungi 7-8ppm oksigen terlarut, berbanding air paip iaitu 3-4ppm. Ia dengan efektifnya meningkatkan bekalan oksigen dan mencergaskan sel-sel kita. Air yang kaya dengan oksigen adalah penjana yang bagus atau mengurangkan tekanan setiap kali, bila-bila masa sahaja!
SELEPAS SEMINGGU

Air BIO AURA -Ikan hidup dengan selesa di dalam air BIO AURA,
yang kaya dengan oksigen.

Air Suling -Ikan tidak boleh hidup di dalam air suling.
Manis & Subur
—————–
Anda pasti akan menyukai kemanisan semulajadi air BIO AURA. Kartrij mineral yang ekslusif menyemai air anda dengan mineral ionik dan terkesan yang baik untuk metabolisma sel dan kesuburan. Setiap gelas air Hexagon bernilai!

Lembut & pH yang Seimbang
———————————
Sistem mineral BIO AURA menjadikan airnya sedikit alkali untuk menyesuaikan imbangan pH semulajadi darah. Ini membantu untuk memerangi asid yang tidak sihat di dalam tubuh kita apabila kita tertekan atau apabila kita mengambil makanan bergoreng, diawet atau makanan yang diproses. Air BIO AURA kekal diantara pH7.2 dan 8.5 dan membantu sistem anda dalam keadaan imbangan yang sempurna.

Asli & Bersih
—————
Penapisan yang mudah tidak mampu menapis pencemaran air pada hari ini. BIO AURA menawarkan pelbagai lapisan penapisan untuk memastikan pembasmian sepenuhnya bahan yang tidak diingini. Sebarang bakteria atau micro-micro yang membahayakan di dalam air paip akan dihapuskan dan tidak akan berkembang dalam air yang sihat ini. Air BIO AURA sungguh bersih hinggakan anda tidak perlu mendidihkannya! Ini menjimatkan masa dan wang.
Perlindungan Anti-Oksida Semulajadi!
——————————————-
Rawatan BIO AURA memberikan air ciri-ciri anti-oksida yang penting. Ia mengandungi cas ion negatif dan mengandungi banyak elektron untuk membebaskan bahan tidak begitu membahayakan supaya mereka tidak mencuri elektron daripada sel-sel anda, yang menyebabkan penyahjanaan atau penuaan.
Air Hidup Yang Sihat
———————–
Dengan air BIO AURA, anda dengan tenang mengetahui bahawa anda dan keluarga anda menikmati air kristal asli dengan tiada sebarang toksin penyakit dan air yang mempunyai semua keistimewaan menambah hayat yang Alam semulajadi perlukan.





No comments:

Post a Comment